-->

Friday 7 February 2014

Hah???? Ada ANJINGGG??? Bahagian 1


Hah???!!! Ada anjinggg???...TERPERANJAT jugak aQ dibuatnya...Kurus semangatttt....

Ceritanya lebih kurang macam nie la...Pada waktu petang, sebelum gelap (senja) la...lepas kerja aQ terus balik rumahhh...perasaan agaklah penat...mana taknya, waktu kerja habis pukul 5.30 petang (waktu Malaysia la), sepatutnya dah habis kerja..rasa nak jugak lompat2 keriangan, HOYE...HOYE...tapi lain plak jadinya...lepas kerja, terus temankan kawan jumpa CUSTOMER (dalam bahasa melayunye "Pelanggan")... katanya la...Baru je nak angan2 balik rumah terus rehat ke, baring ke, golek2 ke...tapi tak semena-mena kena temankan beliauuu.....terus DOWN jiwaku dibuatnya...keriangan tadi terus TERKUBUR...OHHH, TIDAKKK...

Jadi, nak tak nak, terpaksa ikut laaaa....Nak TERIAK, tak sampai hati la plak...kata orang, budak laki kalau teriak, tak hensem...Jadi oleh sebab itu, aQ tahan je la oleh kerana nak kekalkan KEHENSEMAN diri yang dimiliki daripada kecik...HOHOHOHO....

Dengan harapan, mintak2 cepatlah habis...tak SABAU aQ nak balik rumah...rehat....Tunggu punye la tunggu, berminit-minit, bersaat-saat, tak jugak habis...kalau rumah aQ dekat, mau je aQ jalan kaki seorang diri...disebabkan rumah tidak dekat la aQ terpaksa mematungkan diri untuk menunggu dan terus menunggu...CHEWAHHHH...macam liriks lagu la plakkk....

(...beberapa lama selepas 2, selepas berjanggut aQ tunggu...)

...maka selesai lah beliau (member aQ tadi) berbincang...tak tau la berbincang ka, berdating ke, bermasyuwarat ka, tak pasti...tak pikirkan sangat pasal dia...apa yang aQ pikir, aQ nak balik rumahhhhh.....

Bila dah sampai rumah je, terus tak jadi nak rehat...tak rasa nak rehat laaa...disebabkan peristiwa yang melukakan hati tadi...(UHUK...UHUK...)...berlari-lari aQ dibuatnya...mana taknya, sembahyang ASAR tak ditunaikan lagi...waktu MAGHRIB dah nak masuk...berlari dan terus berlari untuk mencapai pintu rumahku...(Rumahku Syurgaku)...DANGGGGG!!!! Terlanggar pintuuuu...keluarkan kunci rumah, buka pintu dan terus baling beg laptop ku dengan pantas dan lajunya seperti kereta FORMULA ONE (F1) milik Micheal Shcumacher (bukan nama sebenar)...


.................................................BERSAMBUNG........................................................



No comments:

Post a Comment