-->

Saturday, 8 February 2014

Hah???? Ada ANJINGGG??? Bahagian 2

(...disambungkan daripada Bahagian sebelumnya...)

Perkataan terakhir cerita sebelumnya apa yer?? dah lupa...HUHUHUHU...OH, yer...kereta F1 Michael Schumacher...yang laju tadi bukan kereta dia, tapi balingan beg laptopku yang ku baling serta merta selepas membuka pintu rumah...dengan tidak semena-menanya, laptopku terbang tinggi...KECEPAPPPPPP!!!! jatuh ke bawah...aQ mula tergamam dan terkejut...dalam hatiku, habis lah rosak laptop kesayangan ku ituuu....aQ mendapati....laptop ku jatuh elok di atas tilam empuk kepunyaan diriku (sendirian berhad) dimana di atas itulah aQ bertidurannn....kenapa la jatuh atas tilam, kalau la jatuh di lantai tadi, tak pasal2 dapat laptop baru...HOHOHOHO....(Sudah habis cerita pasal LAPTOP)....

Dengan tidak menunggu masa yang agak lama lagi, aQ terus bergegas ke bilik air, untuk mengambil wuduk...nak sembahyang ASAR la....nanti tak pasal2 ke Qadha'...terus sambung berlari menuju pintu dapur...(Jumpa pintu dapur dulu, baru nampak pintu bilik air)...sabo yerr...pelan-pelan (perlahan-lahan)...
Sesudah itu, aQ capai tombol pintu dapur, dan terus menarik dan membukanya dengan perasaan luar biasa...keh...keh..keh...(rasa macam HERO plak)...namun, mukaku mula pucat, mulut terngaga, mata membulat, dan jantungku berlari pantas seperti ATLET 400x400 marathon...tercungap, terkejut, terbeliak dan bermacam-macam ter- lagi laaaa...nasib baik tak terbuang air besarrr....ISSKKKK.....

aQ mendapati, ada seekor anjing sedang bertenggek di depan mataku sambil lidah terjelir2...Kononnya nak buat SURPRISE birthday party la tu...tapi aQ tak hirau kan itu semua....sebagai seorang budak yang semula jadi hensem, aQ tak terpengaruh dengan itu semua....

Dah la buat surprise, ada hati plak nak dekat kat diriku ini...CEHHH...jangan berani sentuh diriku ini....tiada siapa yang berani menyentuh diriku tanpa keizinannnn...nyah kau dari sini....tapi dia buat DEK (tak hirau) je...aQ mula berang dan naik angin...(pura-pura je la...anjing mana tau kalau kita pura-pura ke betol-betol)...
Haiwan itu macam tak mau blah daripada situ..."Nasib baik kau anjing, kalau kau tin biskut, dah lama aQ bagi tendangan maut yang cikgu disiplin aQ ajar dulu..."...Lagipon kalau aQ sentuh kau, tak pasal-pasal aQ kena SAMAK...oleh itu, aQ tidak berbuat sedemikian, dan ia tidak sempat menyentuh diriku ini...kesimpulannya, "AQ MASIH SUCI & BELUM DIAPA-APAKAN"...Nasib baik ada seorang brother serumah dengan aQ...dia halau dan tolak anjing tadi jauh2 supaya melupakan hasratnya untuk mengusik diriku yang lemah ini...HUHUHU....

Dengan itu, aQ segera bergegas ke bilik air sepertimana MISI aQ yang tadi...walaupon terkejut jumpa anjing, misi tetap misi...sembahyang dulu...nak terkejut, ternganga, sambung lepas sembahyang plakk...apabila selesai mengambil wuduk, maka seterusnya pergilah aQ ke sejadah dan terus sembahyanggg...LEGA jugak la selepas tu...sempat jugak aQ solat, walaupon duk ternganga depan anjing tu beberapa lama jugak la...pikir dipikirkan balik, mana boleh berlaku macam tu kat rumah aQ...

Selepas itu, aQ mencapai satu kertas dan sebatang pen, lalu aQ tulis beberapa ayat pujangga untuk dibaca...
"PET and ANIMAL ARE NOT ALLOWED to ENTER in my house..." -Attention to DOG, PUPPY and so on...lalu aQ tampalnya di dinding depan rumah dengan harapan dapatlah anjing-anjing lain membaca dan faham dengan apa yang aQ cuba sampaikan... Itu sahaja...THAT's ALL...
TenKiu....


.....................................................................TAMMAT..........................................................................



No comments:

Post a Comment