-->

Saturday 5 April 2014

Wanita kurniaan Ilahi


"Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi, Engkaulah wanita hiasan duniawi..."

Sangat tertarik dengan lirik di atas...Hargai, dihargai dan menghargai apa yang perlu dihargai...kerana itu adalah anugerah Allah S.W.T kepada hambanya... 
Menjadikan ia sebagai peneman, Hidup tidak lengkap jika berseorangan, Bukannya untuk menjadi hamba abdi, Tetapi untuk sayang menyayangi...



Lirik

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

*Sememangnya ia adalah anugerah yang istimewa... ('-')


No comments:

Post a Comment