-->

Saturday 14 June 2014

Lukisan kartun (kartun muslimah)

Hai, salam sejahtera...
Hari nie, aQ nak post satu kartun lukisan sebagai post terbaru...




Dikaryakan oleh




dengan kerjasama


Sesi berpantun

Hanya berpantun


Rasa manis tak semestinya gula,
Rasa pahit tak semestinya peria,
Bila masam jangan disangka cuka,
Kadangnya semua tidak seperti yang dijangka.

Daun yang gugur tidak diendah,
Mengharapkan buah gugur jadi rebutan,
Dianggap gugur menjadi sampah,
Gugurnya daun banyak faedah.

Sahabat terdekat tidak dihargai,
Mengaejar orang yang berada jauh,
Bila sahabat tiada di sisi,
Mulalah kita akan mengeluh.

 Ini hanya sekadar bercerita,
Dulu ku hidup tiada apa,
Gaji tak tentu tiada harta,
Tidak dipandang mahupun disapa.

Tidak menegur bukannya sombong,
Cuma sedikit rasa kesal,
Tabiat mengata terus dijunjung,
Mencari keburukan tak tentu pasal.

Dunia lama ditinggal pergi,
Dunia baru terus dicari,
Duniaku kini hanya menyendiri,
Harapkan mimpi menjadi realiti.

 :::::#tag:::::

Wednesday 28 May 2014

Kenali diri anda


Kenali diri anda mengikut hirarki adik beradik...

ANAK PERTAMA (TANAH)

1- Keras kepala
2- Suka memberi arahan (ketua)
3- Manja yang tidak diketahui
4- Penyayang
5- Bertanggungjawab pada keluarga
6- Memerlukan usaha yang kuat untuk berjaya
7- Banyak berkorban dan selalu mengalah
8- Pandai membawa diri di dalam banyak situasi

ANAK KEDUA (AIR)

1- Seorang yang bertanggungjawab
2- Di dalam keluarga, dia senang untuk berjaya
3- Baik hati
4- Mudah didampingi
5- Sukar menunjukkan marahnya, tetapi jika kesabarannya diuji amat luar biasa sifatnya
6- Mudah memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja

ANAK KETIGA (API)

1-  Mudah marah, cepat sejuk jika kena caranya
2- Sedikit bergantung kepada orang terdekat
3- Manja
4- Sedikit terpinggir di dalam keluarga
5- Memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya
6- Pandai menarik perhatian dan disukai orang sekeliling

ANAK KEEMPAT (ANGIN)

1- Membuat sesuatu menigkut moodnya
2- Keputusan sentiasa berubah-ubah
3- Sensitif yang tidak diketahui
4- Boleh berjaya jika sentiasa berusaha
5- Sedikit boros
6- Memerlukan bimbingan di dalam sesuatu hal atau perkara
7- Sifatnya pemalu, tetapi jika mengenalinya lebih dekat, dia seorang yang mesra

Nota:
Anak pertama - tanah
Anak kedua - air
Anak ketiga - api
Anak keempat - angin

Anak seterusnya kembali bermula tanah dan berturutan

Wednesday 14 May 2014

Beetalk dengan aplikasi Doodle!!!


Salam sejahtera, salam muhibah, salam 1Malaysia.

Kali ini aQ nak kongsikan pengalaman aQ menggunakan aplikasi sosial android, yang dikenali sebagai "BeeTalk". AQ harap korang pernah dengar benda serangga tu kan??? HAHAHA... Sebenarnya, aQ pon baru je guna benda tu...lebih kurang tak sampai sebulan...ini semua pengaruh rakan sebaya...So, aQ pon try la install kat dalam android aQ...maka dengan itu, tergunalah sampai ke sekarang... Semasa dalam penggunaan tu, aQ try usha-usha apa yang istimewanya benda nie...aQ pon nak tau jugak...so bila dah explore, terjumpalah satu function nie..."Doodle" lah nama dia...tak tau la plak apa maksudnya...tapi ianya boleh melukis dan cakar-cakar sepertimana ayam mencakar tanah...HAHAHAHA....Kalau tak silap aQ, Viber pon ada jugak function tersebut...tapi yang viber punya, aQ tak sempat nak guna lama...aQ rasa function lebih kurang samalah....(kalau tak salah la)...

So, sepanjang aQ guna BeeTalk, aQ dah berjaya melukis beberapa lukisan Doodle punya...sekadar nak kongsi...best jugak main benda BeeTalk nie...HAHAHAHA...Ini lah hasilnya...

1) 3 May 2014




2) 4 May 2014



3) 5 May











4) 6 May



5) 10 May



6) 11 May



7) 12 May



8) 13 May






9) 14 May


Itu sahaja sehingga hari nie 15 May 2014. Maybe akan ada banyak lagi untuk hari seterusnya...PEACE!!!!

Boleh ADD saya di BeeTalk akaun : username "ayie dP" atau imbas kod QR saya



Lagu Nasyid Pilihan 2

De Hearty - Siti Zulaikha



Seandainya tercatat dia milikku
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu

Tak ingin daku kecewa bercinta
Andai milik bukanlah takdirnya
Bawalah dia sesaujana mata
Biarlah luput kerlipan permata

Biar berjalan di awan gelap
Tanpa cintanya yang kian malap
Takkan lagi daku berharap
Sendirinya berkilau tanpa digilap

Siti Zulaikha engkaulah permata
Penghias seri taman syurgawi
Kasihmu tiada tolok bandingnya
Tersimpul cinta bersama redha-Nya

Siti Zulaikha serikandi kasih suci
Sejernih embun yang putih berseri
Megahlah berdiri tugu cinta ini
Tegak bersama kasih abadi

Namun dengan kuasa yang Esa
Cinta terbiar tersahut disapa
Berputiklah mekar menyinar bahgia
Kasih cinta pada Yusuf mulia

Lagu Nasyid Pilihan


De Hearty - Kau Hadir



Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Ku terima segala
Apa yang diperduga
Kini ku bersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Kau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Ku terima segala
Apa yang diperduga
Kini ku bersedia
Hadapi hari muka
Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentarikan menjelang tiba

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria


Lagu : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)
Lirik : Yasin Sulaiman (Hush Entertainment)


Saturday 10 May 2014

Lukisan by step


Salam sejahtera...Hari nie aQ akan post entry yang melibatkan kartun lah plak...lama tak post kartun...Nie lukisan yang aQ buat...zaman muda-muda dulu la...sekarang umur pon dah makin meningkat...sebelum nie aQ ada post kat blog lama aQ...tp sekarang blog tu pon dah tak wujud, jadi aQ repost lah kat blog baru nie...

Bagi sapa-sapa yang minat melukis atau berkebolehan melukis, SHARE lah jugak kepada kami...Manalah tau boleh buat perbincangan atau penambah baikan dalam lukisan...macam mana nak improve our performance to more better than currently....Jangan segan silu...

Contoh lukisan yang telah aQ buat dulu....




#Sekadar berkongsi...Jom, yang mana ada lukisan untuk dikongsikan, amatlah digalakkan...


Azab Tidak Menutup Aurat dengan Sempurna...

Alhamdulillah...Sekadar berkongsi...


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG



وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣١)

 Maksudnya:
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
 


(Surah An Nur Ayat 31)

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:


“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”


(Riwayat Muslim)


Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:

  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.

  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

  • Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.

Wanita di luar rumah di tuntut supaya memakai pakaian seperti pakaian dalam sembahyang. bezanya, mungkin pendek sedikit bagi tujuan memudahkan pergerakkan. Tidak boleh terlalu ketat, sehingga menampakkan gerak punggung. sekalipun tebal seperti seluar jeans, tidak nipis atau jarang sehingga memperlihatkan apa yang di dalam. berseluar panjang boleh tetapi hendaklah dilabuhkan pakaian luarnya.


Gambaran Siksaan

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub : "Pada suatu hari Rasulullah SAW sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan berkata : "Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?" Orang yang bermimpi menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :"Masha Allah !" Di hari yang lain, tiada siapa pun yang bermimpi. Rasulullah SAW berkata kepada kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi.
"Saya melihat dua orang lelaki datang kepadaku, kedua orang itu memegang kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba saya melihat seorang lelaki duduk sementara seorang lagi berdiri. Dia memegang alat yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut hingga ke kerongkong kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah yang dikerjakan oleh keduanya silih berganti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Sambil berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki sedang berbaring terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di sampingnya memegang batu sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke kepala pemuda berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu digulingkannya batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan kepalanya normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak berhenti-henti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Tiba-tiba kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian atasnya, tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api terpadam dan kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api dinyalakan semula dan hal ini terus berlaku berulang-ulangkali." Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Kemudian kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki di dalam sungai tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu berada di tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki yang pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan terjatuh semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang kali." Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan.
"Tiba-tiba saya sampai di taman yang hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar. Di bawah pohon itu terdapat seorang lelaki tua yang sedang menyalakan api bersama-sama dengan beberapa orang anak. Kedua-dua malaikat yang membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu. Kemudian keduanya membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah aku lihat. Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda."
Aku dibawa naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi. Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: "Kamu telah membawa aku jauh mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa yang telah aku lihat"
Keduanya menjawab : "Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu hingga hari qiamat."
"Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah orang yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di malam hari (tidak membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari. Begitulah siksaannya hingga hari qiamat".
Orang yang engkau lihat di dalam jurang adalah penzina dan di dalam sungai adalah pemakan riba.
Orang tua yang berada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim sedangkan anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak manusia. Yang menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang pertama ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah adalah untuk para syuhada'. Saya adalah Jibril dan ini Mikail."
Kemudian mereka menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti awan tingginya. Kedua malaikat itu berkata : "Itulah tempat bagimu" Lalu aku berkata : "Biarkan aku memasuki mahligaiku" Jawab mereka : "Umurmu masih ada, sesudah engkau wafat, barulah engkau dibenarakan masuk"
Berikut adalah gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.

Peristiwa Isra'
1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.

Peristiwa Mi'raj
1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.



Friday 2 May 2014

De Hearty - Kau Hadir


Sekali sekala layan lagu nasyid nie best jugak...Ntah kenapa bila dengar je lagu nie, terus ada perasaan ...macam ada something je...lagu yang mampu menggamit kenangan lama...



 
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Ku terima segala
Apa yang diperduga
Dan kini ku bersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria
 
Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa 
 
Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria
 
Ku terima segala
Apa yang diperduga
Dan kini ku bersedia
Hadapi hari muka

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba
 
 
 

Wednesday 30 April 2014

1 Mei (Hari Pekerja)


Selamat Hari Pekerja kepada individu-individu yang bergelar pekerja. 1 Mei merupakan hari pekerja yang disambut setiap tahun dan diistiharkan sebagai cuti umum kepada semua para pekerja....


 (Gambar hiasan)

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.




Saturday 26 April 2014

Pada suatu hari...


Pada suatu hari...





Meowwww????


Kartun yang dihasilkan pada tahun 2010...




Dunia akan berakhir



(Gambar hiasan)


Bila mana usia sudah meningkat,
Raut wajah mula berubah,
Tenaga upaya mula tidak lagi kuat,
Menunggu saat jasad dan nyawa berpisah.
Ku lihat dunia pula uzur,
Keadaan suasana mula luntur,
Adakah ia akan tamat,
Bencana berterusan pembayang kiamat.
Sedarlah wahai umat manusia,
Usahlah lagi bertikam lidah,
Hulurkan tangan bekerjasama,
Tidaklah elok berbalah-balah.
Manusia makhluk paling cerdik,
Bezanya haiwan tiada akal,
Bila syaitan mula berbisik,
Kecerdikan hilang tidak dapat dikawal.
Kuasa dan pangkat menjadi rebutan,
Sehingga sanggup bermusuh-musuhan,
Pihak atasan merebut kuasa,
Rakyat pula menjadi mangsa.
Pantun ini cuma renungan,
Bukan berpolitik mahupun hasutan,
Tiada niat salahkan sesiapa,
Hanya renungan kita bersama.

Sunday 13 April 2014

IDM v6.11 + Patch (Registered)


Internet Download Manager (IDM) merupakan method yang digunakan oleh kali download untuk mendownload bahan-bahan atau movie atau apa jua perkara lain daripada ruangan internet. Dengan kata nama lain, IDM merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan aktiviti download dilakukan. Tapi kebanyakan pengguna masih menggunakan aplikasi IDM dalam versi percubaan (TRIAL) atau dengan kata nama lain "TIDAK didaftarkan". Mengikut daripada pengalaman menggunakan IDM versi "TRIAL", kebiasaan tempoh pengaktifan akan diberikan selama 30 hari bermula ia dipasangkan ke dalam laptop. Namun, setelah tamat tempoh percubaan tersebut (30 hari), anda akan diminta supaya membayar atau membeli "kod pendaftaran" untuk terus menggunakannya seperti biasa.

Walau bagaimanapun, anda kini boleh mendapatkan aplikasi IDM yang kini telah disertakan dengan aplikasi tambahan iaitu "Patcher" yang bertindak sebagai perubah versi penuh (FULL REGISTER) dan anda tidak lagi diminta untuk membeli kod baru.

TAPI INGAT!!! Anda dinasihatkan supaya tidak meng-update aplikasi IDM ini sekiranya diminta untuk berbuat sedemikian. Hal ini kerana, apabila anda meng-update atau mengemas kini aplikasi tersebut, secara automatiknya, IDM anda akan menjadi versi PERCUBAAN semula. Jadi, elak-elakkanlah mengupdate IDM yang telah di-PATCH.

Anda boleh klik link di bawah ini untuk terus mendownload IDM v6.11 + Patch



Link: IDM v6.11 (muat turun)

Link: Patcher v6.xx (muat turun)

*Anda boleh memasangkan IDM bersama Patcher dengan berpandukan nota yang disertakan bersama. Jika terdapat sebarang kekeliruan, jangan lupa tinggalkan soalan anda di ruangan komen di bawah ini. Kami akan cuba memberikan bantuan sebaik mungkin. Terima Kasih. 

:: Selamat Mencuba::


Saturday 12 April 2014

I Oll's tetap RINDUKAN U Oll's...


DALAM suasana kebosanan nie, macam-macam post dibuat..HUHUHUHU...ntah la...duk sorang lah katakan...tak de temann...kalau masa sekolah dulu, boleh dikatakan sebagai KERA SUMBANG...tapi situasi aQ nie lain...SPECIAL CASE...bukan taknak berkawan dengan orang, tapi tak de kawan...UHUK..UHUK...ye la, kawan-kawan semua ada kat kampung...sejak berada di tempat baru nie, rasa macam SEBATANG KARA...dah tak ada sape-sape...hidup takda matlamat..takda LIFE...BOSAN sangat-sangat...Bangun pagi, pergi kerja, habis kerja, balik rumah...esok pagi pergi kerja balik...hari-hari buat perkara sama tanpa ada sedikit perubahan atau penambahan aktiviti dalam rutin hidup aQ...macam gitu la hari-hari...

TAPI, bila duk sorang-sorang, mula lah terlintas, terfikir, teringatkan suasana dulu...kemeriahan masih terasa...kegembiraan tempias juga...senyuman terukir...sehinggakan, aQ tersenyum seorang diri bila teringatkan balik kisah lama-lama...kalau ada orang lain masa tu, tentu diorang kata aQ nie budak tak sihat, tak WARAS dan seangkatan dengannya...nak buat macam mana, hanya itu je yang aQ mampu banyangkan...selagi memori aQ masih sihat...pemikiran yang OK...aQ mampu ingat semula...

RAKAN, SAHABAT sekerja....dan macam adik beradik...

Ingatlah SAHABAT KU, aQ bukannya lupakan KORANG...aQ sentiasa INGATKAN korang...sentiasa TERBAYANGKAN korang...malahan terasa macam nak balik semula kepada korang...tapi, ada sebab aQ lari dan jauhkan diri daripada korang....MEMORI bersama korang TAK PERNAH PADAM dan TAK AKAN PADAM...selagi aQ mampu membelanya...INSYA-ALLAH (Dengan keizinanNya)...

Itu je yang aQ mampu sampaikan...TAPI, kalau korang rasa aQ dah lupakan korang, dah tak ingatkan korang, dah SOMBONG, terserahlah...yang pastinya, biarlah ia menjadi MEMORI terindah PERIBADIKU untuk DULU>KINI>dan SELAMANYA...

U OLL's, I OLL's akan TETAP RINDUKAN U OLL's...


Sunday 6 April 2014

Himpunan Lagu-lagu Nasyid (Minus One)


Senarai Lagu-lagu Nasyid (Minus One)

01. Akrab Persahabatan (In-Team) - Muat turun
02. Antara Dua Kasih (UNIC) - Muat turun
03. Atas Nama Cinta (UNIC) - Muat turun
04. Balqis (UNIC) - Muat turun
05. Berkorban Demi Cinta (UNIC) - Muat turun
06. Bersama (Devotees) - Muat turun
07. Bicara Kata (In-Team) - Muat turun
08. Bisikan Malam (UNIC) - Muat turun
09. Bisikan Nurani (In-Team) - Muat turun
10. Buatmu Ibu (Aeman) - Muat turun
11. Cinta Teragung (Mestica) - Muat turun
12. Damai Yang Hilang (NowSeeHeart) - Muat turun
13. Damba Kasih (In-Team)- Muat turun
14. Demi Cinta Suci (UNIC) - Muat turun
15. Destinasi Cinta (Mestica) - Muat turun
16. Dialah Segalanya (In-Team) - Muat turun
17. Doa Seorang Kekasih (In-Team) - Muat turun
18. Epilog Rindu (In-Team) - Muat turun
19. Erti Syukur (UNIC) - Muat turun
20. Hakikat Bahagia (UNIC) - Muat turun
21. Halimatus Saadiah (In-Team) - Muat turun
22. Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC) - Muat turun
23. Hembusan Kasturi (In-Team) - Muat turun
24. Hijrah Satu Wawasan (In-Team) - Muat turun
25. Impian Kasih (In-Team) - Muat turun
26. Inayah (Mestica) - Muat turun
27. Isteri Solehah (SaffOne) - Muat turun
28. Istighfar (SaffOne) - Muat turun
29. In-Team - Kalimah Cinta - Muat turun
30. Kasih Ibu - Muat turun
31. Kasih Kekasih (In-Team) - Muat turun
32. Kau Kawan, Sahabat dan Teman - Muat turun
33. Kau Sahabat Kau Teman - Muat turun
34. Ke Makam Bonda - Muat turun
35. Kembara Ilmu - Muat turun
36. Kerana Cinta - Muat turun
37. KeredhaanMu (In-Team) - Muat turun
38. Layar Keinsafan - Muat turun
39. Lilin Seorang Guru - Muat turun
40. Menanti di Barzakh - Muat turun
41. Nur Kasih (In-Team) - Muat turun
42. Pemergianmu (In-Team) - Muat turun
43. Permata Keluarga - Muat turun
44. Puteriku Sayang - Muat turun
45. Rabiatul Adawiyah (In-Team) - Muat turun
46. Remaja - Muat turun
47. Satu Tekad - Muat turun
48. Sebuah Pertemuan - Muat turun
49. See You Di IPT - Muat turun
50. Segenggam Tabah (In-Team) - Muat turun
51. Sekolahku - Muat turun
52. Sendu Sendawa - Muat turun
53. Sentuhanmu (In-Team) - Muat turun
54. Setanggi Syurga (In-Team) - Muat turun
55. Istikharah Cinta - Muat turun
56. Sutera Kasih (In-Team) - Muat turun
57. Yang Abadi - Muat turun
58. Zinnirah - Muat turun

*Untuk permintaan lagu-lagu lain, sila tinggalkan komen anda di bawah...


Itu yang termampu (syukur)


SELAMAT SEJAHTERA...hai...ucapan pembukaan ditujukan kepada semua terutama yang akan membaca entri nie sampai habis...huhuhu...

Entri nie aQ tulis ketika sedang menunggu ketibaan untuk masuk kerja...huhuhu...lepak lu...biasa la...lepak dahulu sebelum disepak kannn... ehh, gurau je lah...

Alhamdulillah, dengan adanya rezeki yang diberikanNya, aQ masih lagi bekerja di tempat baru...ye la, nak sesuaikan diri di tempat baru nie, ambik masa sikit...nak kena pandai tgk situasi...environment kerja pon dah lain...tak macam dulu...bidang kerja pon dah berbeza...
Tapi, alhamdulillah, hari makin hari, aQ dah boleh suaikan diri dengan keadaan...tapi tidak seperti tempat dulu...semuanya nampak berbeza...tapi, suka atau tak, aQ kena teruskan jugak...bekerja, belajar, dua perkara dalam satu2 masa...
Bekerja dan menunaikan tanggung jawab sebagai seorang pekerja dan belajar sebagai seorang pelajar...banyak benda yang boleh belajar dan masih byk benda yang masih belum belajar...ketika usia masih berjalan, ketika jantung masih berdegup, ketika anggota masih bergerak, ketika oksigen masih disedut, ada banyak masa lagi untuk belajar dan ilmu takkan habis walau segigih mana pon ilmu dikejar.....timbalah ilmu selagi mampu...

AQ kini bekerja tak la gaji lumayan sangat...tp rasa syukur dan berterima kasih tetap ada...dengan apa yang aQ hadapi sekarang, walaupun tak seperti mana dulu, dan dulu tak seperti mana sekarang...
AQ tak mampu untuk mengatakan bahawa aQ telah sempurna, telah bahagia, telah selesa, telah berpuas hati mahupun telah mampu segala-galanya...
Apa yang pasti, pengembaraan masih di garisan mula...masih banyak benda yang tidak kelihatan...seperti ada kesusahan yang akan menjelma...hanya persediaan yang amat dititik beratkan...

AQ tidak menjanjikan kebahagiaan...
Apatah lagi harta benda dan kekayaan...

Tidak terlalu tinggi menabur harapan...
Insyaallah termampu dengan keizinan Tuhan...

Berusaha untuk menjadi yang lebih baik adalah digalakkan...walaupun tak mampu untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik...walaupon ada sedikit perubahan, itu dah dipanggil hijrah...tinggal yang lama, hadapi yang baru...tidak kiralah dalam apa jua keadaan...
Insyaallah, pencarian tetap diteruskan untuk menjamin masa depan...jika ini dikatakan permulaan, sudah pasti nanti ada pengakhiran...jika ini dikatakan kegagalan, sudah pasti nanti akan ada kejayaan...PERCAYA PADA DIRI....

*Usaha Tangga Kejayaan, Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Tidak Siapa yang Tahu...


Saturday 5 April 2014

Wanita kurniaan Ilahi


"Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi, Engkaulah wanita hiasan duniawi..."

Sangat tertarik dengan lirik di atas...Hargai, dihargai dan menghargai apa yang perlu dihargai...kerana itu adalah anugerah Allah S.W.T kepada hambanya... 
Menjadikan ia sebagai peneman, Hidup tidak lengkap jika berseorangan, Bukannya untuk menjadi hamba abdi, Tetapi untuk sayang menyayangi...



Lirik

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

*Sememangnya ia adalah anugerah yang istimewa... ('-')


Monday 31 March 2014

Cara cepat kupaskan telur

Hai...assalamualaikum..salam sejahtera...kepada semua yang available...huhuhu
Post kali nie pasal cara mudah untuk kupas telur rebus dengan cepat tanpa membelanjakan banyak masa...chewahhh....kalau sebelumnya, nak makan telur pon mau makan masa 4-5 minit...hahaha...yang paling kelakar, masa kupas 2, boleh pulak air mulut meleleh keluar...hahahaa...terlampau kusyuk kupas kulit telur atau dah tak sabar nak makan?? Hahahaha...
Ini videonya dilampirkan sekali...cara kupas kulit telur secara berhemah, pantas, cepat, dan berkesannn...huhuhu



TERBAIKLAH BRO...Sebelom nie tak terpikir plak boleh guna cara nie....


Sunday 23 March 2014

Hanya sekadar angan-angan


Salam sejahtera...
Bertemu plak kita setelah sekian lama tidak mengupdatekan post baru...huhuhu..Ini kali, status atau pon seperti tajuk di atas...cuba baca sekali lagi...hohohoho...
Angan-angan...apa yang dimaksudkan dengan angan2 sebenarnya?? Kalau nak dikira daripada pandangan pakar2 bahasa dan ahli2 ilmuwan, stakat nie masih belum ditemui...
Tapi kalau nak diikutkan definisi atau konsep yang aq dapat tulis daripada pemahaman aq, angan-angan merupakan gambaran peristiwa masa hadapan seseorang yang mana tidak pasti akan menjadi kenyataan ataupon tidak...gambaran peristiwa masa hadapan kebanyakkannya lebih kepada kegembiraan, keseronokan dan bermacam lagi...(jika tersalah dan terkurang, sila betulkan yer)...
Aq yakin, sememangnya setiap orang mesti pernah berangan-angan, kann?? Hahaha...mengaku je laaa....aq pon, pernah jugak berangan-angan...boleh je kalau nak berangan-angan skali skala...tapi jangan diamalkan selalu..huhuhu...nanti jatuh daripada pokok kelapa...tak pasal2....
Aq nie, takda la berangan2 benda2 yang tak lojik...sekadar mainan minda sahaja..benda yang kemungkinan boleh jadi kenyataa...bukan benda yang takkan tetcapai...contohnya apa? Contohnya macam nak naik ke bulan tanpa pakai gas oksigen dan hanya terbang macam superman...huhuhu...boleh kalau nak pergi, tapi ntah macam mana la keadaannya...hahaha...
Kalau aq, aq pernah berangan nak beli kereta mewah...kereta berjenama gitu...tapi pada hakikatnya memang takkan dapat punya...jadi, aq buat je macam main perasaan minda...penceritaan segalanya ada di dalam kepala kita...minda yang mengawal...daripada orang biasa, terus dapat duit banyak, and then dapat jugak beli kereta mewah...keluaran luar negara...nak memenuhi keinginan dan kepuasanlah katakan...
Jangan marah haaaa....angan masing-masing ok...huhuhu...PEACE!!!


Wednesday 19 February 2014

Kenapa Akira??


Kenapa Akira?? Kenapa?? Nak tau cerita disebalik Akira?
Baca sampai habis....
Ceritanya berbunyi macam nie...agak-agak korang, Akira itu dapat daripada mana? Bunyi macam daripada Jepun kan? Tapi kenapa Akira? Bukan nama-nama lain?....

Pertama sekali, Akira adalah nama yang telah digunakan oleh aQ (bukan nama sebenar) sejak beberapa lama dahulu...Akira nie bukanlah nama awek aQ, girlftiend aQ, couple aQ, atau apa-apa saja yang seangkatan dengannya...memang tak ada kena mengena langsung walaupun sedikit...aQ telah guna nama tersebut bersama nama tunggal ku A**e Akira (double A) sejak tidak berapa lama dahulu...lebih kurang pada tahun 2009 lagi dan nama tersebut sering dikaitkan dengan nama-nama panggilan budak perempuan, dan sering dikatakan Akira adalah nama girlfriend aQ lah kononnya....choiiii...memang tak la derrrrr.....mana mungkin....meh aQ nak cerita....

Sepertimana yang aQ dah bagitau sikit tadi, ia tiada kena mengena dengan wanita, perempuan atau apa-apa benda hidup yang ada kat alam realiti...ia hanyalah nama yang diambil daripada filem anime japan iaitu "Mobile Suit Gundam Seed" dan Akira adalah nama heronya...

Disebabkan aQ sudah terpikat dengan watak hero tersebut, maka aQ petiklah nama tersebut sebagai nama gelaran atau nama pelengkap bersama nama tunggal aQ yang tadi, A**e Akira...

Kenal tak macam mana rupa hero cerita tu? Kalau tak kenal dan tak pernah tengok, meh cuba tengok bawah....dilampirkan bersama wajah beliau...huhuhu...

Mobile Suit Gundam Seed Hero characters


HAHAHAHA...dah tengok rupa paras hero anime Mobile Suit Gundam Seed??? Hensem kan???
Jadi, begitulah ceritanya...Akira yang digembar-gemburkan sebelum ini bukanlah awekku, malahan hanyalah watak kartun animasi Jepun yang menjadi pilihanku masa dulu-dulu...kerana terlampau fanatik dengan kartun tersebut menyebabkan aQ mengambil nama beliau...itu sahaja sebenarnya...OK...

Ingat yerrr...bukan nama awek aQ...itu sekadar nama hero animasi kartun sahaja...
Harap lepas nie dah tak ada isu atau dakwaan sedemikian rupa...penat la nak jelaskan kalau macam nie...
-PEACE-

Tuesday 18 February 2014

Untuk U Oll's


ERMMM...nak tulis apa plak hari nie...tengah pikirrr....kadang2 takda IDEA...TAPI rasa nak jugak post something...MESTI...

Untuk pengetahuan U Oll's, I Oll's rasa sangat2 janggal berada di negeri orang nie...tak biasa...kalau boleh, nak je balik semula ke tempat asal...nie bukan DUNIA I Oll's....TAPI apa boleh buat, dah macam itu kejadiannya....

..................................................I Oll's dah tak tau nak tulis apa lagi..........................................................

Nanti lah I Oll's post perkara2 lain plak nanti.....Apa2 pon. layan lah lagu nie...I Oll's layan lagu nasyid je...peminat lagu2 nasyid kategori tegarrrrrr...HUHUHU.....Sebab I Oll's dulu pernah jadi salah seorang ahli kumpulan nasyid di sekolah...HUHUHU...



::::::::: UNIC - SAHABAT SEJATI ::::::::::::


Ukur baju di badan sendiri


Nie saja nak share sikit yer...betul lah kata pepatah melayu, beli baju ukur di badan sendiri...sebab apa? Mesti ada sebab kan..tau tak kenapa? sebabnya, baju yang kita beli tu tak semestinya sama dengan saiz atau sifat fizikal kita...mesti ada beza...kalau sama pon, kita akan rasa tidak selesa selepas memakainya sedangkan orang yang kita ukur badannya tadi boleh je pakai...no problem...itu sebab la...huhuhu...tapi itu hanya pandangan tersurat sahaja...yang tersirat anda semua boleh agak kan...banyak antara sebab yang munasabahnya...Nak tau, cuba baca dan fikirkan apa pandangan korang tentang apa yang boleh disimpulkan daripada kartun di bawah ini....


 

Kesimpulannya???


Saturday 15 February 2014

IBS????


Waaaa....xda satu pon post kartun yerrr....sampai ke hari nie...HUHUHU...
Sebenarnya bukan apa...tengah carik idea yang belum ditemui...ntah la...susah plak nak dapatkan idea...
So, biar lah dulu buat sementara waktu nie...tak lama lagi ada lah tu....

Tapi sebelum aQ post kartun kat ruangan nie, saja nak bgtau sikit pasal IBS...huhuhu...sebenarnya aQ saja buat semuanya menjadi short font...Apa itu "IBS" errkkk??? tak pernah tau ponnn...

Baik lah, nie nak bagitau, sebenarnya saje je...takda kaitan pon dalam mana-mana sektor atau apa jua ruangan...tapi saja nak letakkan nama untuk menunjukkan siapa sebenarnya admin...nak cerita la lebih kurang...walaupon ianya ada jugak yang tiada kaitan...takpe errkkk??? jangan marah haaaaa...

IBS...sebelum nie, aQ ada bagitau apa itu BS kan..."BUDAK SENGET" kan...So, sekarang nie, untuk ruangan kartun nie plak, namanya adalah IBS...Sebelum nie, aQ ada buat satu ruangan untuk kartun aQ sendiri...So, aQ letak nama ruangan tersebut ialah "ILLUSTRASI BA
YANGAN"...So, that's why la aQ letak nama IBS...IBS adalah hasil gabungan daripada "Illustrasi Bayangan + Budak Senget"...Jadi, bila ditolak tambah bahagi dan darab, maka keluarlah Illustrasi Bayangan Senget (IBS)...huhuhu...jangan marah tau...walaupon bunyi macam tak da kaitan, tapi bagi aQ, ia sangat berkaitan dan saling berhubung kait...PEACE....

Apa itu IBS???
Jawapannya "ILLUSTRASI BAYANGAN SENGET"....
Sengetttttttttttt tetap di HATI...

Koleksi Kartun Si Senget


Thursday 13 February 2014

Koleksi lagu pilihan


Koleksi Lagu-lagu Apit



Jika tidak berfungsi, sila klik   sini

Playlists

01. Detik Terindah    (6:00)
02. Mimpi Indah       (5:02)
03. Cintaku dipermainkan   (4:37)
04. Dilamun Rindu    (7:42)
05. Khilaf   (5:06)
06. Mungkin Silapku   (4:30)
07. Kemana Kau Menghilang   (4:24)
08. Memang khilafku   (4:38)
09. Di penjara hatimu   (5:11)
10. Sepi Memelukku   (6:57)
11. Kehadiranmu   (3:28)
12. Takku Sangka Takku Duga   (6:36)

Sumber : Youtube


Tuesday 11 February 2014

Hargai Aku (Inginkan Untuk Dihargai)

Fahami jalan cerita dan lirik yang telah disampaikan....




Seringkali kau merendahkan ku

Melihat dengan sebelah matamu

Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah

Merasa hebat dengan yang kau punya

Kau sombongkan itu semua

Coba kau lihat dirimu dahulu

Sebelum kau nilai kurangnya diriku

Apa salahnya hargai diriku

Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)

Melihat dengan sebelah matamu

Aku bukan siapa-siapa

Coba kau lihat dirimu dahulu

Sebelum kau nilai kurangnya diriku

Apa salahnya hargai diriku

Sebelum kau nilai siapa diriku

Coba kau lihat dirimu dahulu

Sebelum kau nilai kurangnya diriku

Apa salahnya hargai diriku

Sebelum kau nilai siapa diriku

Sebelum kau nilai siapa diriku


Sumber : YouTube


Monday 10 February 2014

WHO AM I (Pengenalan diri dan blog)


ASSALAMUALAIKUM...dan Selamat Sejahtera...

NERVOUS plak aQ rasa...sebenarnya aQ nie bukanlah kaki blogger professional yang macam kat luar sana tu...aQ nie individu biasa je...tak pernah tau pon blogger2 nie...orang nak ada blogger, kita pon nak...orang update post, tak nak plak aQ update sekali...HAHAHA...itulah aQ...

BLOG nie sebenarnya dah lama dibuat, cuma tak berapa aktif je...TAK RETI lah katakan...tapi sejak akhir2 nie, rasa nak kembali aktif la berBLOGGER...ye la, berblogger nie, orang kata dapat menghilangkan STRESS...nak isi masa lapang lah katakan...jadi, aQ pon cuba la nak jinakkan balik dalam dunia blog nie...tak pandai tak pe, boleh belajar PELAN-PELAN (perlahan-perlahan)...

Selain daripada berFACEBOOKING, aQ juga ada guna applikasi telepon pintar seperti WECHAT, WHAT'SAPP, LINE, dan banyak lagi la...tak larat nak guna semua...So, kat situ la aQ luahkan perasaan, bila bosan je, ada saje post terbaru yang aQ buat....hidup nie rasa sepi je...jadi, aQ ambil langkah terbaru, nak aktif semua BLOG lama aQ yang dah lama tersadai...pikir dipikir balik, boleh diguna semula nie...nasib baik la username dan password aQ ingat lagi...HUHUHUHU....

Ye la, bukan aQ saja, orang lain pon akan buat perkara yang sama jugak...bila boring je, kita akan cari apa saja yang boleh memberi kepuasan kepada kita...Kadang2, bila kita luahkan perasaan kat FB, wechat, whatsapp, tak memberi kesan pon...kita cuba nak mengadu MASALAH kat orang lain...tapi orang lain pon sekadar mampu mendengar je...tak cuba untuk MEMAHAMI...tapi kadang2 bukan salah diorang jugak...diorang pon kadang2 TAK MAU layan sangat masalah2 orang lain...sebab diorang pon ada masalah tersendiri...jadi, tak pe la...Hanya aQ saja yang mampu PAHAM apa yang aQ RASA....

Tapi, bila kita luahkan kat BLOG, kita akan rasa LEGA...rasa PUAS...(sekurang-kurangnya la)...aQ jadikan peristiwa harian, SEDIH ke, GEMBIRA ke, aQ nak tulis kat BLOG nie...biarpon orang lain takkan baca....tapi aQ dapat mengadu di ruangan nie...Betol jugak la kata orang, bila kita ada masalah, kita LUAHKAN je kepada ALLAH S.W.T...bila selesai je SEMBAHYANG, terus je berdoa, luahkan je apa yang terpendam, perkara SEDIH...kita akan cuba MENGADU...sebab DIA adalah satu-satunya tempat untuk kita mengadu...aQ pon dah buat benda yang sama..bukan aQ tak pernah mengadu kat TUHAN...tapi, melalui blog nie jugak lah aQ gunakan sebagai kaedah kedua untuk menulis peristiwa, situasi, luahan rasa...dan macam2 lagi la.....

Itu lah aQ...(BS) BUDAK SKEMA??? atau BUDAK SENGET??? Hanya kawan2 yang pernah bersama aQ je, yang betul2 rapat, yang betol2 kenal aQ je yang mengetahui jawapannya...

KAWAN...SAHABAT...dah macam ADIK BERADIK dan juga FAMILY...
RINDU SANGAT kat korang...



Saturday 8 February 2014

LUVIA - Jangan Menangis Untukku + lirik


LUVIA - Jangan Menangis Untukku


Lirik

Sekali ku telah berjanji
Tak akan mudah ku telan kembali
Karna ku t’lah memilih
Cinta hanyalah satu
‘Tuk dirimu
Namun apa yang t’lah kau beri
Memang lidah memang tak bertulang
Dulu kita berjanji tak akan pernah saling menyakiti

Reff:
Cukuplah sudah jangan menangis untukku
Hapuslah air matamu

Beribu kata maafmu takkan merubah
Hati terlanjur terluka
Selalu ‘tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku

Back to Reff
Selalu ‘tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku


"BS" for everything


Tahukan anda apakah itu "BS"??? Xtau??? Comfirm tak tauuu??? SERIUS???
Meh sini adik-adik, abang nak bagitau...HUHUHUU...

Kes 1:
  Sebelum nie, BS adalah nama singkatan daripada nama blog aQ yang pertama..."Budak Skema"....Blog nie dah lama tak guna...dah tak bukak dah pon...mungkin dan semak samun, dah bersawang labah-labah dah...Dulu, blog nie saja-saja je dibangunkan...maklum la, pada masa tu, famous bab-bab blog nie...kawan-kawan semua ada blog...Oleh kerana tak nak kasi ada jurang perbezaan lah katakan, terpengaruh la akhirnya...nak jugak la buat satu blog...HUHUHU...pengaruh rakan sebaya...tapi serius tak rugi buat blog hari tu...bukan apa, daripada tak tau apa-apa tentang internet, dah pandai masuk sana, masuk sini...yang lebih penting, dapat belajar macam mana nak manage blog tu...waaaa, rasa macam hebat plak bila dah ada blog...padahal tak da post apa-apa ponnn...huhuhuhu....
Itulah bermulanya penggunaan blog...tapi sekarang, blog Budak Skema tadi dah dilupuskan dan digantikan pula dengan blog nie, ayieTooN (dah takda lagi Budak Skema)...

Kes 2:
  Ceritanya bermula pada tahun 2013, iaitu tahun lepas la...sebelum tahun 2014...tahun yang mana disambut selepas tahun 2012...itulah tahunnya....Lokasi nie, berlaku di Kuala Terengganu...spesifik lokasi tak payah la nak dinyatakan kat sini...hohoho...Zaman tersebut, aQ adalah seorang lelaki...of course la kan...sampai tahun-tahun depan pon aQ akan tetap lelaki...CHOIII...aQ merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat binaan atau dalam bahasa inggerisnya Construction, di negeri tersebut... dipendekkan cerita, dalam opis tu, adalah la beberapa orang pekerja perempuan...bukan "satu-satunya", tapi kedua-duanya...memang Hapi gold lucky...hepi je manjang...tak pernah nak duk diam...ade je isu-isu baru yang dibincangkan...tapi takda la aQ tau semua pasal isu-isu diorang tu...maklum la, aQ nie jenis tak hiraukan orang...budak baik lah katakan...tak pernah usik budak perempuan...tapi kalau diusik budak perempuan, memang selalu...CHOIIII....Tapi ntah macam mana la, aQ pon terjoin dengan diorang..ntah bagaimana dan macam mana, masih lagi dalam siasatan Detective Conan...Jadi lama kelamaan, tak berapa lama jugak la...HOHOHO...dari pengaruh itu lah, diorang dan aQ orang mula rapat...tapi tak la rapat sangat...jauh-jauh jugak la...huhuhu...mula wujudkan satu group chat....ye la, nak chat kat opis, masing-masing sibuk dengan kerja, tak cukup kat opis, nahhh sambung plak dalam chat what'sapp di rumah...chewaaahhhh...first time guna applikasi what'sapp...rasa macam maju sikit ke hadapannn...kui...kui...nak dipendekkan lagi cerita, disebabkan aQ nie seorang budak yang tak berapa nak BETUL, selain daripada memiliki KEHENSEMAN daripada kecik....aQ telah menggelarkan diriku sebagai Budak Senget (BS)...ingat mula-mula saja je nak guna nama tu...cerita situ, habis situ...tapi apakan daya, nama tersebut mungkin sedap didengari lah agaknya....tak tau laa diorang nie...Jadi, tergunalah sampai sekaranggggg....

Kes 3:
  Tapi hubungan kitorang tak berapa nak menyerlah plak lepas tu...ade la beberapa sebab-sebab tertentu...menyebabkan aQ (Si Senget) keluar daripada syarikat tadi dan bekerja di Johor (lokasi tempat aQ menaip sekarang la)...ye laaa....kalau tak de sebab munasabah, takkan aQ nak lari jauh sampai ke hujung peta kannn...lebih baik aQ kerja kat Kuala Terengganu...boleh selalu balik kampung time-time cuti....kita SKIP dulu bab tadi...So, aQ bekerja la di Johor...sebelum aQ bekerja di Johor, aQ dah mula terminate aQ punyer applikasi sosial lain seperti Facebook, What'sapp, LINE, Kakao Talk dan macam-macam lagi lah...tinggal lah wechat satu-satunya...aQ guna sampai sekaranggg...sebab aQ terminate semua, itu pon rahsia...hohohoho...Jadi, sejak itu, aQ dah TAK join group Budak Senget tadi...dah keluar dah pon...ye la, mana taknye, akaun what'sapp pon dah delete kan...memang la...jadi, aktiviti chat dan sembang bersama, bergurau bersama, mengumpat je tak bersama...itu diorang...saya kan budak baik...mesti la terkecuali...kan3....Mungkin sebab dah tarik diri la kot, dengan tak bermesejnye, tak berbualnye, tak bertanya khabar nye, aQ mungkin kini dianggap Budak Sombong (BS)...mungkin diorang akan menganggapku bila dah dapat kerja selesa, kerja gaji mahal, aQ sudah lupakan mereka...mungkin diorang akan rasa marah dengan aQ...mungkin kalau boleh, diorang nak maki hamun aQ...takpe la, kalau rasa macam nak buat seperti itu, atau mungkin lebih lagi, buat la...nak marah aQ sampai tahap gaban pon takpe...aQ terima...cuma yang aQ nak bagitau kat sini (kalau diorang baca), aQ ada sebab-sebab tertentu buat macam tu...aQ ada kat tempat baru nie pon rasa janggal, bukan bila dah datang sini, aQ terus happy, riang-riang, suka-suka dan terus lupakan korang...sebenarnya aQ sehingga kini tetap RINDUKAN gelak tawa korang...tapi aQ tahan je...nak je aQ masuk balik dalam group tu semula...tapi, biarlah untuk seketika...mungkin bila tiba masanya nanti....

aQ nak bagitau korang yang aQ tetap INGATKAN korang...bila je aQ sunyi, aQ akan buka telefon aQ, tengok gambar-gambar, baca petikan-petikan, dengar semula kenangan-kenangan....sebab sebelum aQ keluar daripada group Budak Senget, aQ sempat buat "Conservation BACK UP"...dapat lah aQ baca daripada awal hingga akhir....bila baca, aQ akan gelak sorang-sorang...rasa macam aQ masih ada di tepi mereka....itu lah aQ...aQ takkan lupa sampai bila-bila...

Benda yang aQ akan ingat semula, apabila aQ dengar lagu PERMATA YANG DICARI, CINTA TERAGUNG, ISTIKHARAH CINTA, CINTA PERTAMA dan satu lagu korea SARANGAE...

That's were OUR MOMENTS...

"BS" for Budak Skema, Budak Senget and Budak Sombong!!!