-->

Wednesday, 30 April 2014

1 Mei (Hari Pekerja)


Selamat Hari Pekerja kepada individu-individu yang bergelar pekerja. 1 Mei merupakan hari pekerja yang disambut setiap tahun dan diistiharkan sebagai cuti umum kepada semua para pekerja....


 (Gambar hiasan)

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.




Saturday, 26 April 2014

Pada suatu hari...


Pada suatu hari...





Meowwww????


Kartun yang dihasilkan pada tahun 2010...




Dunia akan berakhir



(Gambar hiasan)


Bila mana usia sudah meningkat,
Raut wajah mula berubah,
Tenaga upaya mula tidak lagi kuat,
Menunggu saat jasad dan nyawa berpisah.
Ku lihat dunia pula uzur,
Keadaan suasana mula luntur,
Adakah ia akan tamat,
Bencana berterusan pembayang kiamat.
Sedarlah wahai umat manusia,
Usahlah lagi bertikam lidah,
Hulurkan tangan bekerjasama,
Tidaklah elok berbalah-balah.
Manusia makhluk paling cerdik,
Bezanya haiwan tiada akal,
Bila syaitan mula berbisik,
Kecerdikan hilang tidak dapat dikawal.
Kuasa dan pangkat menjadi rebutan,
Sehingga sanggup bermusuh-musuhan,
Pihak atasan merebut kuasa,
Rakyat pula menjadi mangsa.
Pantun ini cuma renungan,
Bukan berpolitik mahupun hasutan,
Tiada niat salahkan sesiapa,
Hanya renungan kita bersama.

Sunday, 13 April 2014

IDM v6.11 + Patch (Registered)


Internet Download Manager (IDM) merupakan method yang digunakan oleh kali download untuk mendownload bahan-bahan atau movie atau apa jua perkara lain daripada ruangan internet. Dengan kata nama lain, IDM merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan aktiviti download dilakukan. Tapi kebanyakan pengguna masih menggunakan aplikasi IDM dalam versi percubaan (TRIAL) atau dengan kata nama lain "TIDAK didaftarkan". Mengikut daripada pengalaman menggunakan IDM versi "TRIAL", kebiasaan tempoh pengaktifan akan diberikan selama 30 hari bermula ia dipasangkan ke dalam laptop. Namun, setelah tamat tempoh percubaan tersebut (30 hari), anda akan diminta supaya membayar atau membeli "kod pendaftaran" untuk terus menggunakannya seperti biasa.

Walau bagaimanapun, anda kini boleh mendapatkan aplikasi IDM yang kini telah disertakan dengan aplikasi tambahan iaitu "Patcher" yang bertindak sebagai perubah versi penuh (FULL REGISTER) dan anda tidak lagi diminta untuk membeli kod baru.

TAPI INGAT!!! Anda dinasihatkan supaya tidak meng-update aplikasi IDM ini sekiranya diminta untuk berbuat sedemikian. Hal ini kerana, apabila anda meng-update atau mengemas kini aplikasi tersebut, secara automatiknya, IDM anda akan menjadi versi PERCUBAAN semula. Jadi, elak-elakkanlah mengupdate IDM yang telah di-PATCH.

Anda boleh klik link di bawah ini untuk terus mendownload IDM v6.11 + Patch



Link: IDM v6.11 (muat turun)

Link: Patcher v6.xx (muat turun)

*Anda boleh memasangkan IDM bersama Patcher dengan berpandukan nota yang disertakan bersama. Jika terdapat sebarang kekeliruan, jangan lupa tinggalkan soalan anda di ruangan komen di bawah ini. Kami akan cuba memberikan bantuan sebaik mungkin. Terima Kasih. 

:: Selamat Mencuba::


Saturday, 12 April 2014

I Oll's tetap RINDUKAN U Oll's...


DALAM suasana kebosanan nie, macam-macam post dibuat..HUHUHUHU...ntah la...duk sorang lah katakan...tak de temann...kalau masa sekolah dulu, boleh dikatakan sebagai KERA SUMBANG...tapi situasi aQ nie lain...SPECIAL CASE...bukan taknak berkawan dengan orang, tapi tak de kawan...UHUK..UHUK...ye la, kawan-kawan semua ada kat kampung...sejak berada di tempat baru nie, rasa macam SEBATANG KARA...dah tak ada sape-sape...hidup takda matlamat..takda LIFE...BOSAN sangat-sangat...Bangun pagi, pergi kerja, habis kerja, balik rumah...esok pagi pergi kerja balik...hari-hari buat perkara sama tanpa ada sedikit perubahan atau penambahan aktiviti dalam rutin hidup aQ...macam gitu la hari-hari...

TAPI, bila duk sorang-sorang, mula lah terlintas, terfikir, teringatkan suasana dulu...kemeriahan masih terasa...kegembiraan tempias juga...senyuman terukir...sehinggakan, aQ tersenyum seorang diri bila teringatkan balik kisah lama-lama...kalau ada orang lain masa tu, tentu diorang kata aQ nie budak tak sihat, tak WARAS dan seangkatan dengannya...nak buat macam mana, hanya itu je yang aQ mampu banyangkan...selagi memori aQ masih sihat...pemikiran yang OK...aQ mampu ingat semula...

RAKAN, SAHABAT sekerja....dan macam adik beradik...

Ingatlah SAHABAT KU, aQ bukannya lupakan KORANG...aQ sentiasa INGATKAN korang...sentiasa TERBAYANGKAN korang...malahan terasa macam nak balik semula kepada korang...tapi, ada sebab aQ lari dan jauhkan diri daripada korang....MEMORI bersama korang TAK PERNAH PADAM dan TAK AKAN PADAM...selagi aQ mampu membelanya...INSYA-ALLAH (Dengan keizinanNya)...

Itu je yang aQ mampu sampaikan...TAPI, kalau korang rasa aQ dah lupakan korang, dah tak ingatkan korang, dah SOMBONG, terserahlah...yang pastinya, biarlah ia menjadi MEMORI terindah PERIBADIKU untuk DULU>KINI>dan SELAMANYA...

U OLL's, I OLL's akan TETAP RINDUKAN U OLL's...


Sunday, 6 April 2014

Himpunan Lagu-lagu Nasyid (Minus One)


Senarai Lagu-lagu Nasyid (Minus One)

01. Akrab Persahabatan (In-Team) - Muat turun
02. Antara Dua Kasih (UNIC) - Muat turun
03. Atas Nama Cinta (UNIC) - Muat turun
04. Balqis (UNIC) - Muat turun
05. Berkorban Demi Cinta (UNIC) - Muat turun
06. Bersama (Devotees) - Muat turun
07. Bicara Kata (In-Team) - Muat turun
08. Bisikan Malam (UNIC) - Muat turun
09. Bisikan Nurani (In-Team) - Muat turun
10. Buatmu Ibu (Aeman) - Muat turun
11. Cinta Teragung (Mestica) - Muat turun
12. Damai Yang Hilang (NowSeeHeart) - Muat turun
13. Damba Kasih (In-Team)- Muat turun
14. Demi Cinta Suci (UNIC) - Muat turun
15. Destinasi Cinta (Mestica) - Muat turun
16. Dialah Segalanya (In-Team) - Muat turun
17. Doa Seorang Kekasih (In-Team) - Muat turun
18. Epilog Rindu (In-Team) - Muat turun
19. Erti Syukur (UNIC) - Muat turun
20. Hakikat Bahagia (UNIC) - Muat turun
21. Halimatus Saadiah (In-Team) - Muat turun
22. Hanya Tuhan Yang Tahu (UNIC) - Muat turun
23. Hembusan Kasturi (In-Team) - Muat turun
24. Hijrah Satu Wawasan (In-Team) - Muat turun
25. Impian Kasih (In-Team) - Muat turun
26. Inayah (Mestica) - Muat turun
27. Isteri Solehah (SaffOne) - Muat turun
28. Istighfar (SaffOne) - Muat turun
29. In-Team - Kalimah Cinta - Muat turun
30. Kasih Ibu - Muat turun
31. Kasih Kekasih (In-Team) - Muat turun
32. Kau Kawan, Sahabat dan Teman - Muat turun
33. Kau Sahabat Kau Teman - Muat turun
34. Ke Makam Bonda - Muat turun
35. Kembara Ilmu - Muat turun
36. Kerana Cinta - Muat turun
37. KeredhaanMu (In-Team) - Muat turun
38. Layar Keinsafan - Muat turun
39. Lilin Seorang Guru - Muat turun
40. Menanti di Barzakh - Muat turun
41. Nur Kasih (In-Team) - Muat turun
42. Pemergianmu (In-Team) - Muat turun
43. Permata Keluarga - Muat turun
44. Puteriku Sayang - Muat turun
45. Rabiatul Adawiyah (In-Team) - Muat turun
46. Remaja - Muat turun
47. Satu Tekad - Muat turun
48. Sebuah Pertemuan - Muat turun
49. See You Di IPT - Muat turun
50. Segenggam Tabah (In-Team) - Muat turun
51. Sekolahku - Muat turun
52. Sendu Sendawa - Muat turun
53. Sentuhanmu (In-Team) - Muat turun
54. Setanggi Syurga (In-Team) - Muat turun
55. Istikharah Cinta - Muat turun
56. Sutera Kasih (In-Team) - Muat turun
57. Yang Abadi - Muat turun
58. Zinnirah - Muat turun

*Untuk permintaan lagu-lagu lain, sila tinggalkan komen anda di bawah...


Itu yang termampu (syukur)


SELAMAT SEJAHTERA...hai...ucapan pembukaan ditujukan kepada semua terutama yang akan membaca entri nie sampai habis...huhuhu...

Entri nie aQ tulis ketika sedang menunggu ketibaan untuk masuk kerja...huhuhu...lepak lu...biasa la...lepak dahulu sebelum disepak kannn... ehh, gurau je lah...

Alhamdulillah, dengan adanya rezeki yang diberikanNya, aQ masih lagi bekerja di tempat baru...ye la, nak sesuaikan diri di tempat baru nie, ambik masa sikit...nak kena pandai tgk situasi...environment kerja pon dah lain...tak macam dulu...bidang kerja pon dah berbeza...
Tapi, alhamdulillah, hari makin hari, aQ dah boleh suaikan diri dengan keadaan...tapi tidak seperti tempat dulu...semuanya nampak berbeza...tapi, suka atau tak, aQ kena teruskan jugak...bekerja, belajar, dua perkara dalam satu2 masa...
Bekerja dan menunaikan tanggung jawab sebagai seorang pekerja dan belajar sebagai seorang pelajar...banyak benda yang boleh belajar dan masih byk benda yang masih belum belajar...ketika usia masih berjalan, ketika jantung masih berdegup, ketika anggota masih bergerak, ketika oksigen masih disedut, ada banyak masa lagi untuk belajar dan ilmu takkan habis walau segigih mana pon ilmu dikejar.....timbalah ilmu selagi mampu...

AQ kini bekerja tak la gaji lumayan sangat...tp rasa syukur dan berterima kasih tetap ada...dengan apa yang aQ hadapi sekarang, walaupun tak seperti mana dulu, dan dulu tak seperti mana sekarang...
AQ tak mampu untuk mengatakan bahawa aQ telah sempurna, telah bahagia, telah selesa, telah berpuas hati mahupun telah mampu segala-galanya...
Apa yang pasti, pengembaraan masih di garisan mula...masih banyak benda yang tidak kelihatan...seperti ada kesusahan yang akan menjelma...hanya persediaan yang amat dititik beratkan...

AQ tidak menjanjikan kebahagiaan...
Apatah lagi harta benda dan kekayaan...

Tidak terlalu tinggi menabur harapan...
Insyaallah termampu dengan keizinan Tuhan...

Berusaha untuk menjadi yang lebih baik adalah digalakkan...walaupun tak mampu untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik...walaupon ada sedikit perubahan, itu dah dipanggil hijrah...tinggal yang lama, hadapi yang baru...tidak kiralah dalam apa jua keadaan...
Insyaallah, pencarian tetap diteruskan untuk menjamin masa depan...jika ini dikatakan permulaan, sudah pasti nanti ada pengakhiran...jika ini dikatakan kegagalan, sudah pasti nanti akan ada kejayaan...PERCAYA PADA DIRI....

*Usaha Tangga Kejayaan, Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Tidak Siapa yang Tahu...


Saturday, 5 April 2014

Wanita kurniaan Ilahi


"Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi, Engkaulah wanita hiasan duniawi..."

Sangat tertarik dengan lirik di atas...Hargai, dihargai dan menghargai apa yang perlu dihargai...kerana itu adalah anugerah Allah S.W.T kepada hambanya... 
Menjadikan ia sebagai peneman, Hidup tidak lengkap jika berseorangan, Bukannya untuk menjadi hamba abdi, Tetapi untuk sayang menyayangi...



Lirik

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

*Sememangnya ia adalah anugerah yang istimewa... ('-')